nampak buku marketing management tu??
ehem ehem...
teman nak bagitau yang teman ni student marketing..
tak payah la orang lain nak tanya teman kenapa tak sambung kos pendidikan masa buat degree..
sumpah tak paham (-_- ") kenapa la bila ada dari golongan makcik pakcik abang kakak sedara semua bila teman bagitau yang teman student marketing sambung kursus marketing kat universiti semua jadi sibuk nak sibuk diri ( baca : busy body ) tanya teman...
" laaaa.....awat tak sambung buat pendidikan "
" laaa...kenapa tak sambung international business"
" laaaa...kenapa sambung marketing jugak .???"
eh eh kadang-kadang terpikir gak teman yang kalau depa jumpa orang lain yang belajaq dekat universiti jugak ada tak depa tanya macam tu ?? okey teman bagi contoh anak sedara sepupu sepapat depa ambik jurusan kejuruteraan kedoktoran ( hua hua skema la pulak ) ada depa tanya macam tu?? mesti tak dak kan??
huih memang gila babi lah tak paham, kenapa mentaliti makcik pakcik abang kakak sedara sekarang ni macam tu. semua pakat pikiaq kalau sambung degree ambik jurusan pendidikan confirm-confirm la dapat keja. nah teman bagi jawapan macam ni masa kenduri kat umah sedara teman ari tu..
" ada ja aih budak keluar UPSI belajaq pendidikan masa kat universiti sampai sekarang tak dapat jadi cikgu lagi, gheja dok juai kerongsang kat Pacifiq Aloq Staq nuh "
tak pon teman jawab macam ni
" nanti habeh belajaq, orang nak buat bisnes katering "
masa tu la semua makcik pakcik akak abang sedara semua diam. =] kalau semua orang nak sambung pendidikan,kalau semua nak keja cikgu, lepas ni sapa yang nak buka bisnes???
ye dak...