EHEM EHEM

dengar ya semua..teman tulis apa yang teman rasa. apa yang teman suka eh jadi suka hati teman la dah nama belog ni pon suka suki suka hati so, teman boleh buat apa teman suka. teman tulis ikut rasa hati, ya ya kamo semua tak payah nak rasa pelik awat teman cakap macam tu teman tau ikot hati mati ikot badan binasa.

20 October 2010

SABAR ITU INDAH :)

rasa nak menulis lagi. entah  kenapa kadang-kadang bila tengok orang sekeliling membuatkan saya terpikir kenapa ALLAH mahu menduga makhluknya. kadang-kadang ujian atau dugaan yang di berikan datang bertimpa-timpa bak kata peribahasa melayu "sudah jatuh di timpa tangga " . 


meh sini teman bagi satu contoh : 


katakanlah kamo semua, ya kamo semualah di minta berpindah tempat kerja. sudahlah kena berpindah on the way nak ke sana kereta pulak rosak selesai semua hal kereta rosak dan pindah di timpa kemalangan pula. bercampur pula dengan masalah peribadi yang lain. memang pening kepala kalau nak memikiorkannya. prestasi kamo semua kat tempat kerja semakin merosot dan akhirnya kamo di berhentikan kerja. memang rasa berat la kan dugaan ni. pikir lagi masalah yang akan datang sampai tak ketahuan (kacau bilau) hidup ni.


okeyh bila dah dapat dugaan macam ni, jangan la pula kita semua nak salahkan takdir ALLAH. sebab masa ni la ALLAH sedang menguji kita. nak tengok sejauh mana keimanan kita terhadapNYA, sejauh mana tahap kesabaran kita. sejauh mana kita bertaqwa denganNYA. apa usaha kita nak atasi semua ni. jangan asyik salahkan takdir ja. jadi orang yang menerima dugaan ni kenalah tabah menghadapinya.Ia adalah ketentuan dan ujian Allah kepada umatnya. Ada banyak hikmat di sebalik sesuatu ujian atau dugaan yang diberikan Allah kepada umat manusia.


Rasulullah pun ada menerangkan dalam beberapa hadis mengenai perkara itu, antaranya:

Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah bersabda: "Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti atau kesusahan mengingatkan apa yang telah berlaku hinggakan tikaman duri yang mencucuknya, melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya sebahagian daripada dosanya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Abdullah bin Mas'ud berkata, Rasulullah bersabda: "Tidak ada seseorang Islam yang ditimpa sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Anas berkata, Rasulullah bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka; kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah." (Hadis riwayat at-Tarmizi dan Ibn Majah)
so, sape-sape yang terima dugaan sabarlah ye. ada hikmah disebalik semua ni. sebab tu la yang dikatakan bahawa sabar tu indah.walau besar atau berat mana pun dugaan untuk kita, sabar adalah benda yang paling indah sebab nanti akhirnya kita dapat merasai kemanisan di sebalik ujian daripadaNYA.

No comments: