EHEM EHEM

dengar ya semua..teman tulis apa yang teman rasa. apa yang teman suka eh jadi suka hati teman la dah nama belog ni pon suka suki suka hati so, teman boleh buat apa teman suka. teman tulis ikut rasa hati, ya ya kamo semua tak payah nak rasa pelik awat teman cakap macam tu teman tau ikot hati mati ikot badan binasa.

30 October 2010

DENGKI BETOL LAH...~~

teman balik umah tiap hujung minggu pon salah.
bila teman tak balik umah bila hujung minggu pon salah..

damn..!!!
tak paham dengan perangai manusia...

terus ambik earphone pakai dekat telinga , dengar lagu bangfes kuat-kuat..baru nampak bangfes sikit...

dah jangan nak mengarut kat sini..
teman nak study...
baru pikir balik umah

27 October 2010

AWAT TAK SAMBUNG PENDIDIKAN???


nampak buku marketing management tu?? 

ehem ehem...
teman nak bagitau yang teman ni student marketing.. 
tak payah la orang lain nak tanya teman kenapa tak sambung kos pendidikan masa buat degree..

sumpah tak paham (-_- ")  kenapa la bila ada dari golongan makcik pakcik abang kakak sedara semua bila teman bagitau yang teman student marketing sambung kursus marketing kat universiti semua jadi sibuk nak sibuk diri ( baca : busy body ) tanya teman...

" laaaa.....awat tak sambung buat pendidikan "

" laaa...kenapa tak sambung international business"

" laaaa...kenapa sambung marketing jugak .???"

eh eh kadang-kadang terpikir gak teman yang kalau depa jumpa orang lain yang belajaq dekat universiti jugak ada tak depa tanya macam tu ?? okey teman bagi contoh anak sedara sepupu sepapat depa ambik jurusan kejuruteraan kedoktoran ( hua hua skema la pulak ) ada depa tanya macam tu?? mesti tak dak kan?? 

huih memang gila babi lah tak paham, kenapa mentaliti makcik pakcik abang kakak sedara sekarang ni macam tu. semua pakat pikiaq kalau sambung degree ambik jurusan pendidikan confirm-confirm la dapat keja. nah teman bagi jawapan macam ni  masa kenduri kat umah sedara teman ari tu..

" ada ja aih budak keluar UPSI belajaq pendidikan masa kat universiti sampai sekarang tak dapat jadi cikgu lagi, gheja dok juai kerongsang kat Pacifiq Aloq Staq nuh "

tak pon teman jawab macam ni

" nanti habeh belajaq, orang nak buat bisnes katering " 

masa tu la semua makcik pakcik akak abang sedara semua diam. =] kalau semua orang nak sambung pendidikan,kalau semua nak keja cikgu, lepas ni sapa yang nak buka bisnes??? 

ye dak...

20 October 2010

SABAR ITU INDAH :)

rasa nak menulis lagi. entah  kenapa kadang-kadang bila tengok orang sekeliling membuatkan saya terpikir kenapa ALLAH mahu menduga makhluknya. kadang-kadang ujian atau dugaan yang di berikan datang bertimpa-timpa bak kata peribahasa melayu "sudah jatuh di timpa tangga " . 


meh sini teman bagi satu contoh : 


katakanlah kamo semua, ya kamo semualah di minta berpindah tempat kerja. sudahlah kena berpindah on the way nak ke sana kereta pulak rosak selesai semua hal kereta rosak dan pindah di timpa kemalangan pula. bercampur pula dengan masalah peribadi yang lain. memang pening kepala kalau nak memikiorkannya. prestasi kamo semua kat tempat kerja semakin merosot dan akhirnya kamo di berhentikan kerja. memang rasa berat la kan dugaan ni. pikir lagi masalah yang akan datang sampai tak ketahuan (kacau bilau) hidup ni.


okeyh bila dah dapat dugaan macam ni, jangan la pula kita semua nak salahkan takdir ALLAH. sebab masa ni la ALLAH sedang menguji kita. nak tengok sejauh mana keimanan kita terhadapNYA, sejauh mana tahap kesabaran kita. sejauh mana kita bertaqwa denganNYA. apa usaha kita nak atasi semua ni. jangan asyik salahkan takdir ja. jadi orang yang menerima dugaan ni kenalah tabah menghadapinya.Ia adalah ketentuan dan ujian Allah kepada umatnya. Ada banyak hikmat di sebalik sesuatu ujian atau dugaan yang diberikan Allah kepada umat manusia.


Rasulullah pun ada menerangkan dalam beberapa hadis mengenai perkara itu, antaranya:

Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah bersabda: "Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti atau kesusahan mengingatkan apa yang telah berlaku hinggakan tikaman duri yang mencucuknya, melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya sebahagian daripada dosanya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Abdullah bin Mas'ud berkata, Rasulullah bersabda: "Tidak ada seseorang Islam yang ditimpa sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Anas berkata, Rasulullah bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka; kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah." (Hadis riwayat at-Tarmizi dan Ibn Majah)
so, sape-sape yang terima dugaan sabarlah ye. ada hikmah disebalik semua ni. sebab tu la yang dikatakan bahawa sabar tu indah.walau besar atau berat mana pun dugaan untuk kita, sabar adalah benda yang paling indah sebab nanti akhirnya kita dapat merasai kemanisan di sebalik ujian daripadaNYA.

SAYA CUBA :)


teman cuba buat yang terbaik, untuk diri teman, untuk semua orang. teman tau amat amat la susah kalau  nak puaskan hati semua orang. lagi susah kalau orang tu penting dalam hidup kita. mulai sekarang jom kita sama-sama berusaha tuk puaskan hati orang sekeliling kita. =D



jangan tanya kenapa teman cakap macam tu. pengalaman hidup yang mengajar teman. biasanya memang payah kalau kita nak puaskan hati insan yang bergelar sahabat. lagi-lagi kalau kita baru kenal dengan sahabat kita. paling tak best kalau sahabat kita tak puas hati dengan diri kita pas tu buat cerita segala bagai. heh tolong la jangan berkelakuan macam tuh. jelik tau. 


sudah sudah jangan nak merepek kat sini. sambung buat keja balik. cuba puaskan hati sendiri dulu baru puaskan hati orang lain. owh teman perlu study rajen-rajen sebab nak puaskan hati teman yang memang tak puas hati dengan pencapaian teman dekat sini. banyak sangat main, banyak sangat bersenang lenang. banyak sangat pikir yang semua benda tu mudah. so kena amek endah semua tu. kalau tak macam mana nak berjaya final nanti ye dak???


okeyh bubye. see ya lain hari lain masa. :P